PCIM Malaysia Meriahkan HUT ke-81 RI, Dihadiri Perwakilan KBRI Kuala Lumpur
INFOMU.CO | Kuala Lumpur – Pimpinan Cabang Istimewa Muhammadiyah (PCIM) Pimpinan Cabang Istimewa (PCIA), IMM Malaysia, bersama Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) Malaysia mengadakan perayaan besar menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia ke-81, bertemakan “Indonesia Berdaulat, Adil dan Makmur”. Acara ini berlangsung pada Minggu, 23 Agustus 2026 bermula jam 08:15 pagi WIB di International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak.
Warga Muhammadiyah Malaysia, Pimpinan Ranting Istimewa Muhammadiyah ‘Aisyiyah seMalaysia, IMM Malaysia serta PPI Malaysia, berduyun duyun datang sejak 7 pagi.
Perayaan dimulakan dengan Upacara Peringatan HUT RI ke-81, sebagai bentuk rasa syukur dan penghormatan kepada para pahlawan kemerdekaan, diikuti pelbagai pertandingan kebudayaan dan kesukanan yang mengukuhkan ukhuwah sesama warga Indonesia di rantau ini.
Acara ini turut disokong dan dihadiri oleh perwakilan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur. Yang Mulia Bapak Duta Besar RI tidak dapat hadir secara langsung kerana sedang berdinas ke Indonesia serta mengikuti acara mengenang Almarhumah Ibu. Beliau kemudiannya mengutus perwakilan rasmi untuk mewakili KBRI Kuala Lumpur, iaitu: Wakil Duta Besar RI Kuala Lumpur, Bapak Danang Waskito, Korfung Pensosbud Fery – Korfung Pensosbud KBRI, Octavin Dewi Zulaicha – Korfung Protokol & Konsuler KBRI, Ahmad Romadhoni – Atase Pendidikan & Kebudayaan KBRI, Brigjen Pol. Tofik Ismail – Atase Riset KBRI, Akhmad Baihaqie – Minister Counselor KBRI.
Ketua Pimpinan Cabang Istimewa Muhammadiyah (PCIM) Malaysia H. Fauzi Fatkhur, menyambut baik kehadiran perwakilan KBRI Kuala Lumpur, yang menunjukkan keprihatinan dan sokongan penuh pihak kedutaan terhadap kegiatan warga Indonesia di Malaysia.
“Kehadiran perwakilan KBRI Kuala Lumpur memberi semangat tambahan kepada kita semua. Semoga perayaan ini bukan sekadar hiburan, tetapi menjadi wadah untuk memperkukuh rasa cinta tanah air, persatuan, dan persaudaraan sesama warga Indonesia, serta mempererat persahabatan antara rakyat Indonesia dan Malaysia.”
Acara dihadiri sekitar 700 warga Muhammadiyah dan Pelajar Pelajar Indonesia berlangsung Semarak dengan berbagai kegiatan kegiatan & kategori pertandingan, seperti kategori Anak: Makan Kerupuk, Balap Karung, Balap Kelereng, Estafet Air dengan Corong, Paku Dalam Botol, dan Tarik Tambang.
Kemudian, kategori PCIM/PRIM/IMM + PPI: Tarik Tambang, Bola Tampar, Tebak Lagu, Balap Air dengan Sarung, dan Pukul Paku. Kategori PCIA/PRIA/IMM + PPI: Tebak Lagu, Menghias Tumpeng, Balap Air dengan Sarung, Estafet Air dengan Corong, dan Estafet Balon Udara dan kategori Pasangan: Tebak gaya. ( Mundzirin Mukhtar)




